Majlis Nikah dan Resepsi Nursyidatulakmal & mohd Razali 27-28 Feb 2010
February 28, 2010Majlis kali ni berlansung di Ayer Hitam Johor di rumah Akmal…aku diminta utk cover majlis dorang ni sejak dari bulan 8 tahun lepas kalo tak silap…
Razali dan Akmal ni aku kenal dah lama…adala setahun lebih, masa aku mula2 datang untuk tunjuk ajar lighting studio secara percuma pada geng2 photographer di ayer hitam untuk mengutip derma tabung Bantuan Gaza..
Dari situ mula la persahabatan kami sehingga kehari ini…Blog dan website aku semua di bangunkan oleh Razali yg kira IT Master aku la dia tu..hehe..
dan itu la masa Razali dan Akmal mula2 ceburkan diri dalam bidang wedding photography di kawasan Ayer Hitam dan Batu Pahat….hingga kini beliau sudah mampu cover majlis2 di seluruh negara yg mana semakin ramai yg menginginkan perkhidmatan mereka…aku dok mcm ni gak la…hehe
Sesi photography agak mudah kerana dorang dah paham ape nk buat…pon begitu..keras jugak la si Razali tu…haaa…suruh pengantin lain posing pandai buat begitu begini…tiba time dia, jadik batu plak..keras semacam je…ekekeke
Aku di bantu oleh Azam, Yana Harmila dam Shahrul Hanafi yg mana dorang bekas student kelas Photo Editing aku di Ayer Hitam dulu, termasuk la pasangan pengantin ni…
Apepun aku ucapkan terima kasih dan SELAMAT PENGANTIN BARU…semoga kekal bahagia…wasalam..
Outdoor Session Achmal & Razali from shazlishots on Vimeo.























Twitt Twitt

