Fotowalk Pulau Ketam…Terima Kasih Semua…
December 27, 2009Alhamdulillah …syukur…akhirnya Fotowalk Pulau Ketam berjaya di adakan dgn aman dan harmoni..hehe.
Dari jam 7:30 pg, Jeti Pelabuhan Klang mula dipenuhi oleh peserta2 dari pelbagai jenama kamera, berbagai rupa bentuk manusia..dan yg meriahnya, diserikan pula oleh 13 model sukarela yang cantik hebat bergaya….
Jam 8: 15am aku mula membahagikan baju2 peserta..agak kelam kabut juga sebab susunan..tk betul…adoii..nasib baik Macha Farizal yg tak tidur semalaman bantu aku yg kelam kabut collect payment dan deliver baju time tu..proses pembahagian baju ambil masa dkt 1 jam setengah…alahai kesian peserta yg berdiri lama tunggu masa bertolak ke pulau ketam…Aku Mohon Maaf bebanyak…aku sorang wat keje pagi tu…
Aku mintak tolong Keyon, abg Md. Noh dan Chot tolong handle bebudak supaya gerak dulu ke Pulau Ketam…so tinggal la aku, Macha Farizal, , Mike, duffy dan Puya…yg masih tunggu kehadiran peserta yg lewat…last kali Zeyney Vakamon sampai..so aku tutup kedai baju walo pon ada lg 8 baju blom di collect owner, terus naik feri yg dah ada tunggu utk ke Pulau Ketam…aku mendarat jam 11..semua peserta dh kumpul dpn jeti di Pulau ketam. Model pon ada yg tgh dressing lg…ok aku trus buat briefing ringkas..trus pecah kumpulan..suruh peserta pilih sendiri model yg mereka minat…aduii lega semua happy time tu….
Jam 2pm, ada sebahagian peserta dh mula balik..dan masih ramai yg tunggu sampai petang..aku ajak sebahagian tu, roung pulau tu naik basikal..gi sampai blakang2…chot pon layan basikal gak..huhu..sampai lah jam 5pm, kami berkumpul balik di jeti untuk balik ke pelabuhan klang….naik feri jam 5:30 dan last feri jam 6:00 pm…sampai di Pelabuhan Klang lebih kurang Jam 7:00..masing masing bersalaman tuk pulang dan berGroup photo for the last time ALHAMDULILLAH SELAMAT PULANG DAN CUACA SEPANJANG HARI BAIK SGT…….
Aku berterima kasih pada semua yg terlibat menyertai Fotowalk ini dan aku janji di outing yg lain aku akan cuba baiki kelemahan yg ada dari semua aspek….dan aku mohon maaf kalau ada yg rasa tak happy join outing ni dan jika ada kesilapan aku, aku mohon maaf sekali lg…
GROUP PHOTO MASA BARU SAMPAI DI PULAU KETAM..

NI GROUP PHOTO MASA DH BALIK KE JETI PELABUHAN KLANG…

NANTI AKU AKAN POST SIKIT2 GAMBAR LAIN…LETIH NI AKU NK TIDO DULU….




Twitt Twitt













uNTUK













































