Pre-Wedding Amira & Zaky 17 Jan 2010
January 17, 2010


This two images were edited in High Colour 32 bit






Twitt Twitt


This two images were edited in High Colour 32 bit






Dorang ni couple yg paling sempoi yg penah aku shoot…selamba je posing kat public….TQ Anas dan Wahida…













Majlis berlansung di rumah Siti Nor Waheda Fauzi pada 19 Dec 09 di Taman Melewar, Selayang Selangor…
COMING SOON…..tunggu ye Waheda dan Anas…hehehe
SELAMAT PENGANTIN BARU…..


















Majlis nikah berlansung pada 12 Desember 2009 di masjid seksyen 16 Shah Alam dan persandingan di buat di Dewan Muzium Negeri, Shah Alam…
SELAMAT PENGANTIN BARU NURAZLIA & NAZAR…..














Majlis berlansung di Batu Caves dlm temple…dlm suasana hujan lebat….aku di bantu oleh Ishakhamzah & Joe tapau..dorang saje nak tag sekali pasal tk penah shoot wedding kaum india…
Manega atau Mega ni staff kat E-six, kedai tmpt aku slalu antar gambar untuk print…tunang dia Loges, warga Singapura…org tua yg jodohkan mengikut adat keluarga kaum india yg menghormati kata orang tua…
Mega mintak aku jadik OP dia, pasal dia dh selalu tgok gambar wedding melayu yg aku shoot, menonjolkan warna2 yg pekat so dia suka kaler2 yg pekat…haha tegelak aku…tu dia kata la..org lain yg tgok gambar2 wedd yg aku shoot cemana aku taktau laa..
majlis bermula jam 7pm…dlm hujan lebat di dlm temple kat Batu Caves…kat situ, ‘imam2 dorang semua pure dari india..ckp melayu taktau, english sepatah dua je dorang tau…adoii…
tu la dia….so Terima kasih pada Manega & Logesvaran..semoga berbahagia selalu…





























Majlis berlansung di Klang, Selangor..
Mariam ni adik member aku..dulu masa aku bujang, selalu lepak kat dpn rumah dorang…kakak Mariam, Mas ade bukak warung steak depan rumah dia…time tu Mariam kecik sgt hisap botol lagi kut …tup-tup dah besor gajah dah ha skang ni…dah kawen dah ha…tahniah la dari aku…hehe
Wan, laki Mariam kerja kat Felda di Trolak..so skang ni dorang masih dok asing buat sementara waktu…tapi dorang 2 org ni selamba badak…
Sesi outdoor di buat di Klang bersama anak buah Mariam…time shoot senang sgt….budak2 kecik tu penambah seri sesi photography ini…
8 Ogos 09 ni, majlis belah Wan plak di Sungkai…
Terima kasih Mariam & Wan…














Majlis nikah berlansung bi masjid Taman Medan dan majlis resepsi pula di dewan komuniti Taman bukit Menjalara..
Aku terpaksa cover majlis member Irwansyah Adam ni pasal Wan dah confirm job lain di Seremban sebelum ni…Chie pulak buat majlis pada tarikh yg sama, so Wan tak boleh buat…tapi Chie dah kesuntukan masa untuk cari photographer lain.. Dia letakkan kepercayaan pada Wan untuk cari photographer lain….so Wan mintak aku cover majlis tu..lagi pun hari tu hari jumaat..aku pun tak buat apa2, job aku plak hari sabtu esoknye…..mak aku selalu cakap..rezeki jangan di tolak, maut jangan di cari….so aku on je la..
Sesi outdoor di buat disekitar dewan tersebut..memandangkan masa tak mencukupi kerana kehadiran tetamu di luar jangkaan yang mana memaksa Chie & Lydia terpaksa melayan tetamu sampai jam 11 lebih…mata aku dah rabak..adoii…esok ada 1 lagi wedding…tapi aku lupa semua tu bila diorang posing sendiri dengan gaya tersendiri yg membuatkan aku semakin syok shoot gambo dorang..lupa plak jam dah dekat pukul 1 lebih pagi…hehehe….tengkiu Chie & Lydia…aku sampai rumah jam 2:20 pagi letak beg camera trus tido kat hall….zzzzzzzzzz





Majlis berlansung di Jalan Bakti Klang Selangor..
Untuk sesi outdoor ni saya beri peluang Norhawa memilih lokasi kerana beliau kehilangan Ayahanda yg tercinta yg pulang ke rahmatullah beberapa bulan sebelum majlis nikah yg diadakan pada 19 jun 2009..Al-Fatihah untuk Ayahanda beliau..semoga ditempatkan dikalangan para-para shuhada yg dikasihi Allah…amin..
Sesi outdoor di buat di Putrajaya atas permintaanHawa ini, bermula jam 6 petang..sesi ni mmg penuh dgn gelak ketawa kerana suami Hawa, Wahab ni seorang yg suka berjenaka…tak kering gusi dibuatnye…
sesi berlansung dlm suasana santai dan tak tergesa2…hingga jam lapan malam.. kami tamatkan sesi ini kat kedai mamak Presint 9 Putrajaya..masing2 lahap menjamah makanan…lapar gila dari petang tadi…Hawa & Wahab selamba je berpakaian pengantin lepak kat kedai mamak tu..semua mata menjeling kearah kami…kitorang buat dek je…yg segannye Wahab yang belanja saya makan…lama gak lepak kedai mamak tu..hehehe trima kasih Hawa & Wahab…jam 11 malam baru sampai rumah masing2….alhamdulillah..










